Join The Community




Search

Wednesday, August 22, 2012

Liverpool, MU Berebut Nak Sign Hector Herrera - Budak Mexico

www.tips-fb.com

Liverpool, MU Berebut Nak Sign Hector Herrera - Budak Mexico

Kalau ikut berita spekulasi/rumor terkini, Liverpool & MU memang tengah berebut nak sign pemain dari Mexico nama dia Hector Herrera.


Siapakah budak nie? Hector Herrera, pemain berusia 22-tahun sekarang bermain utk kelab Pachuca di posisi midfielder. Nickname die "Zorro" tak tahulah sebab apa. Korang pandai2 la carik sendiri.

Dengar kata pemain nie dah lama diintai oleh scout Liverpool & MU. Cuma minat utk sign pemain nie menjadi2 setelah Hector dikatakan menunjukkan prestasi yg menakjubkan di Olympic Games tempoh hari dan membolehkan Mexico mengalahkan Brazil dalam perlawanan akhir.

Mengikut cakap wakil dari kelab Pachuca, MU dah buat official approach utk sign pemain nih. Pak Cik Alex Ferguson mahu Hector kat Old Trafford bagi menggantikan Lucas Moura, transfer target MU yg terlepas kt PSG. Hahaha.

Harga utk Hector Herrera dalam £10M gitu.

Liverpool bila lagi nak approach Hector nih? Setakat harga 10M utk budak baru umur 22-tahun memang berbaloi sebab ada resale value. lagi2 kalau dia main bagus lepas berpindah masuk. Harga lagi mahal boleh dapat kalau nk jual balik.


p/s : Tapi kalau ikut transfer aktiviti Liverpool, owner macam x bagi duit banyak je utk B.Rodgers spend.

-pokdin-

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Man City Winger - Adam Johnson

www.tips-fb.com

Liverpool Calon Feveret Utk Sign Man City Winger - Adam Johnson


Gembira x dengar Liverpool nak sign Abam Adam Johnson nih? Kalau aku memang gembira la. Ye lah xkan nak harapkan si abam Downing je sebagai winger kita utk season nih. Masih ada 37 game lagi kita x lawan & Downing nie pun belum tentu perform. Sekarang pun x perform ( 1 game jeh  season nih aku tengok dia OK main).

Walaupun B.Rodgers dah sign Oussama Laden, oppss Oussama Assaidi tapi dia belum tentu boleh terus adapt dengan suasana EPL yg penuh dgn terjahan kasar etc. Seingat aku David Silva dulu pn lama la jgk nak adapt dgn suasana EPL sebelum jadi pemain utama Mancini.

Aku rasa Liverpool memang berpotensi sbg kelab seterusnya utk Adam Johnson join sebab hanya kelab2 besar shj yg boleh membuat dia dinilai oleh boss England pak cik Roy utk dimasukkan ke dalam skuad International England. Xkan la si abam Adam Johnson nie nak masuk Sunderland or Everton kan? Tapi walau apapun hati manusia, xder sape yg tahu.

Peluang utk dia bermain banyak game juga cerah kalau masuk Liverpool FC. Setakat nak bersaing dgn Stewart Downing, Oussama Assaidi memang boleh. 

Man City meletakkan harga sekitar £10M bagi saper2 kelab yg berminat nak dapatkan si abam Johnson nih.



p/s : Abam Adam Johnson, masukla Liverpool kalau nak dengar nama anda menerima sorakan semangat dari penyokong terbaik dunia bolasepak.



-pokdin-

Bolton Nak Jay Spearing? Ambik la

www.tips-fb.com

Bolton Nak Jay Spearing? Ambik la

Kalau mengikut desas-desus terkini, Bolton punya bos Pak Cik Owen Coyle nak ambik Jay Spearing, buat pinjaman sementara waktu.



Pak Cik Owen ada bagitau media yg posisi yg mahu dia perkuat musim nie adalah posisi Defensive midfield.
Dan dia berminat utk mengambil Jay Spearing utk memperkuat bahagian pertahanan tengah utk musim ini.

Abam Jay nie aku tengok boleh main posisi nie tapi x konsisten, lagipun dia main dlm kesebelasan utama, aku memang x yakin die boleh marking & buat tackle yg baik mcm Lucas. Lagi satu dia punya positioning memang xleh blah. Aku rasa pemain tengah pihak lawan boleh senang2 je buat volley kalo dia ada kt tengah.

Bagi aku, elok sangat la Jay Spearing pergi menambah pengalaman kt Bolton. Dah ramai player pergi ke sana & bila balik semula ke kelab asal, banyak peningkatan dicapai sepanjang dipinjamkan ke Bolton.

Lagipun aku rasa Liverpool season nie, bukan season utk mengetest pemain2, sebaliknya memang mahu berada kembali dalam top 5 EPL. So pemain2 yg berada dlm kesebelasan utama, mahupun dekat bangku simpanan kena la power2 sket.

Masa utk menguji pemain dah xder dah kalau betol2 nak capai target top 4. Kalau dapat Nuri Sahin on loan, aku rasa dah lama Jay Spearing nie dipinjamkan.

Malangnya abam Nuri Sahin nak masuk Arsenal sbb boleh main Champion League katanya. Melepas top loan target Brendan Rodgers.


Kalau betul jadi, selamat maju jaya la kat abam Jay Spearing.

-pokdin-

Tuesday, August 21, 2012

Abam Skrtel Sign Kontrak Baru Kekal Bersama LFC

www.tips-fb.com

Abam Skrtel Sign Kontrak Baru Kekal Bersama LFC

Nampknya spekulasi Abam Skrtel mahu berpindah hanyalah omongan kosong shj. Martin Skrtel baru saja sign long-term contract utk kekal bersama kelab tersayang, Liverpool FC. Dia juga berharap suatu hari nanti akan menjadi Anfield legend macam Abam Carra & Abam Sami Hyypia.


Berusia 27-thn, pemain yg dinobat "Player of the Season" musim lepas berkata, keutamaannya memang utk sign kontrak baru bersama LFC, tak fikir benda lain dah. Spekulasi yg mengatakan dia mahu berpindah tue tidak benar.

Kalau mengikut interview dgn abam Skrtel nie, die memang sayang Liverpool sama mcm abam Agger. Harap2 lepas tamat transfer window nih, abam Agger plak yg sign kontrak lanjutan bersama Liverpool FC.


-pokdin-

Monday, August 20, 2012

Season 12/13 Match 1 : West Brom 3-0 Liverpool - Parok Parok

www.tips-fb.com

Season 12/13 Match 1 : West Brom 3-0 Liverpool  - Parok Parok

Sudah lama blog nie menyepi dan sudah tiba masanya kembali dgn post2 terbaru.

EPL season 12/13 telah secara rasminya bermula pada malam raya, dimana skuad kesayangan kita semua menentang West Brom, yg kini dikendali oleh bekas jurulatih Liverpool, Steve Clarke.

Aku ingat utk perlawanan pertama nie boleh la menang sebab lawan West Brom je pun. Lagipun kalau tengok berdasarkan prestasi pemain semasa pra-musim, pemain2 memang dah ada idea mcm mana Brendan Rodgers nak suruh diorang main.Pemain2 pn aku tengok masa lawan FC Gomel utk Europa League tuh, memang sempoi2 je cara passing, pressing, chemistry semua memang ada.


Sekali bila perlawanan EPL pertama Liverpool FC utk musim baru nie start, boleh kalah plak 3-0. Cam haramm!!! Tak dinafikan 1st half kita memang control game. Ball possession memang kita punya cuma peluang yg ada gagal dimanfaatkan dgn baik. Kalo x memang dah satu dua bijik gol dh dpt dah. Masuk 2nd half banyak hal plak yg jadi kt Liverpool. Ball possession makin kurang, pressing pn x sebagus 1st half. Makin parah bila Daniel Agger kene kad merah.

Kat bawah nie antara punca2 yg aku rasa menyebabkan Liverpool kalah:-
-Si Enrique x fit pastu menyebabkan Glen Johnson ganti tempat die. Maka kurang la attacking dari bek kanan yg selalu Johnson buat. Kurang attacking maka kurang la peluang nk buat gol.
 Martin Kelly bagi aku utk game nie memang sangat x sesuai, selalu je lawan boleh melepasi kekangan mamat nih.
-Game nie kita tengok Kapten Fantastik banyak buat sloppy passing. So lawan senang2 je leh counter attack. Hati x senang kot kapten kita sorang nie.
-Kurangnya winger berkualiti utk bersaing ngn Downing. Bagi aku utk game nie winger bukan saja kene laju tapi kene jgk lebih tricky. Bg aku Downing dah laju tapi tahap ke'tricky'an dia tak power lagi, senang dibaca lawan. Lagi2 bila berdepan dgn lawan
yg suka buat close marking, Downing memang fail utk melepasi pemain lawan yg buat mcm nih.
-Referee game nih Phil Dowd agakla kebengongan dia. Kalau ingatkan si Agger tu aku rasa tak patut kad merah.Mungkin kalau Agger ada, kita boleh lagi nak sumbat sebijik gol saguhati.
-Steve Clark kan bekas jurulatih Liverpool. Dia yg latih pemain cara defend so konfem la sedikit sebnyak dia tau mcm mana nak memecahkan pertahanan Liverpool.




Apapun, masih ada 37 game lagi so aku masih optimis yg style of play yg B.Rodgers akan pakai nie bakal membuahkan hasil, sekiranya die dapat pemain2 di dia target. Kalah awal merupakan satu reality check utk B.Rodgers, tentang betapa bnyk lagi kerja yg perlu dia lakukan utk kembali Liverpool ke tahap yg sepatutnya.

Aku juga rasa C.Adam, Joe Cole patut dijual. Bagi kes Andy Carroll plak, aku 50/50. Kalau dapat offer berpatutan apa salahnya jual. Kalo xde offer yg sesuai, simpan je dan tengok perkembangan beliau sama ada boleh adapt ke x style yg Rodgers mahukan. Lagipun, Carroll boleh jgk memberikan serangan kita kelebihan dari segi tinggi. At least kalo terdesak nk main crossing ker, time2 free kick ker , time2 corner kick ker, memang berguna. Bola tinggi memang makanan bagi si Carroll nih.


Sama-sama la kita tunggu perlawanan seterusnya menentang juara EPL tahun lepas, Man City.Harap2 game nie kita bermain lebih mantap. Lagipun main kt Anfield.


Satu lagi, selamat hari raya utk semua muslimin & muslimat. :D


-pokdin


p/s : Dengar kata Nuri Sahin nk pilih Arsenal.Tello plak prefer stay kat Barca. Melepas la Rodgers 2 loan target nih.

Tuesday, November 1, 2011

Report EPL 2011/12 - Game 6 - Game 9 : Ulasan Ringkas

www.tips-fb.com

Report EPL 2011/12 - Game 6 - Game 9 : Ulasan Ringkas

Keputusan : 2 - 1(h)
Penjaring : Johnson 11', Luis Suarez 38'
    Fletcher 49'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Permainan menarik yg ditunjukkan spt ketika melawan Sunderland dan Bolton. LFC sepatutnya mampu menghasilkan lebih banyak gol.
-Suarez & Carroll di bahagian serangan nampak semakin serasi, dibantu pula gandingan mantap di bahagian kiri Enrique dan Downing memantapkan lg serangan LFC.


Keputusan : 0 - 2(a)
Penjaring : Carroll 71' , Luis Suarez 82'
Formasi : 4-4-2
Ulasan:-
-Referee membuat keputusan kontroversi kerana melayangkan kad merah kpd Jack Rodwell, tetapi LFC sememangnya berhak menang utk game Merseyside derby ini.
-Liverpool bijak bermain ball possession, walaupun begitu LFC gagal memanfaatkan peluang utk menghasilkan gol biarpun Everton bermain  dengan 10 pemain.
-Gol LFC hadir setelah pemain Everton kelihatan letih serta dibantu dgn kemasukan kapten fantastik Gerrard & Craig Bellamy.
-Menang 2-0 ke atas Everton adalah antara permainan yg amat menggembirakan peminat LFC seluruh dunia.

Keputusan : 1 - 1(h)
Penjaring : Gerrard 68' , Hernandez 81'
Formasi : 4-2-3-1

Ulasan:-
-Permainan yg ditunggu oleh seluruh peminat LFC, melawan Man. United.
-LFC lebih banyak mengawal bola tetapi sayangnya kurang menghasilkan peluang gol. Kredit perlu diberi kepada pemain MU kerana bijak bertahan. Taktikal Alex Ferguson tidak memasukkan Rooney, Nani nampak menjadi.
-Gerrard menceriakan penyokong dengan menyumbat gol pertama hasil sepakan percuma.
-Gol Chicarito mencacatkan suasana meriah di Anfield dan keputusan seri dilihat wajar kerana LFC gagal memanfaatkan peluang yg ada.

Keputusan : 1 - 1(h)
Penjaring : Craig Bellamy 45' + 1' ,  Holt 60'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Seakan melihat perlawanan LFC menentang Sunderkand. Banyak peluang dihasilkan tetapi gagal menjaringkan gol.
-Walaubagaimanapun, LFC terus menunjukkan permainan yg menarik sepanjang perlawanan, penuh dengan kreativiti dan clever pass.
-Seperti  biasa, bahagian pertahanan LFC dilihat gagal menghalang hantaran bola tinggi, membolehkan Holt menyamakan kedudukan. Sekiranya Coates diturunkan, saya yakin mungkin hantaran ini dapat dihalang.
-Perlawanan ini sepatutnya dimenangi LFC. Banyak menghasilkan peluang gol, tetapi gagal memanfaatkannya.

Match Report EPL 2011/12 - Game 1 - Game 5 Ulasan Ringkas

www.tips-fb.com

Match Report EPL 2011/12 - Game 1 - Game 5

Sudah lama tidak meng'update berita LFC.


Keputusan :  1 - 1 (h)
Penjaring : Suarez '12, Larsson '57
Formasi LFC : 4-4-1-1

Ulasan : -
1st Half : Liverpool berwajah baru, penuh dengan kreativiti dan serangan berbahaya.Sunderland bernasib baik kerana hanya dibolosi 1 gol, LFC sepatutnya boleh menjaringkan 2/3 gol.
2nd Half : Corak permainan kembali kepada LFC yg lama, mula kehilangan rentak. Kesilapan Flanagan yg tidak mengekang Larsson membolehkan Sunderland menyamakan kedudukan.


Keputusan : 0 - 2(a)
Penjaring : Ramsey(own goal)  78', Suarez '90 + 1'
Formasi : 4-2-3-1

Ulasan:-
-Kemenangan away pertama ke atas Arsenal sejak 10 tahun. Satu pencapaian yg membanggakan. 
-Gaya permainan yg cantik sekali ditunjukkan di bahagian midfield. Gandingan Downing, Henderson and Kuyt utk menggerakkan serangan dilihat menjadi.
-Enrique menunjukkan permainan yg baik serta mampu menguncikan pergerakan Theo Walcott.


Keputusan : 3 - 1(h)
Penjaring : Henderson 15', Skrtel 52',  C. Adam 53'
                   I.klasnic 90' + 2'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-LFC sepatutnya mampu dapat lebih banyak gol. 
-Formasi ketika di atas padang lebih kepada 4-2-2-2, lebih banyak interchange position di antara 4 pemain di hadapan.
-Gol pertama Henderson utk LFC.
-Suarez sangat berbahaya, Lucas penting utk mengekang pergerakan lawan, Downing bermain wide dan melakukan crossing bila perlu.

 Keputusan : 1 - 0(a)
Penjaring : J. Walters 21'
Formasi : 4-4-1-1

Ulasan:-
-Stoke, lawan yg memang sukar kerana corak permainan bola tinggi yang dimainkan dan cukup kebal di tempat sendiri.
-Credit perlu diberi kepada pemain Stoke kerana berjaya mematahkan 5-6 peluang keemasan Liverpool utk menjaringkan gol.
-LFC masih lagi dalam proses rebuilding squad.

Keputusan : 4 - 0(a)
Penjaring : Modric 7', Defoe 66'
                  Adebayor 68', Adebayor 90' + 2'
Formasi : 4-4-2

Ulasan:-
-Serba tidak menjadi taktik yg dimainkan LFC, ditambah dgn Referee yg suka memberikan kad memang langsung tidak membantu LFC.
-Spurs dilihat banyak memiliki ball possession. Marking serta closing oleh pemain LFC tidak berapa kemas membolehkan bola yg dihantar lawan sampai kepada target.
-Skrtel yg bermain posisi bek kanan langsung tidak dapat mengawal Bale yg laju serta licik.
-2 kad merah ( Adam, Skrtel ) memburukkan lagi keadaan.
-One of the LFC bad day.


Ulasan ringkas utk Game 6-9 bakal menyusul..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...