Join The Community




Search

Tuesday, April 12, 2011

Match Report : Liverpool 3-0 Man City (Superb Carroll)

www.tips-fb.com

Match Report : Liverpool 3-0 Man City (Superb Carroll)


Dendam terbalas sudah. Di awal musim kita dibuli oleh Man City, berkesudahan kita kalah 3-0. Sekarang kita pula membuli pasukan bergaji mahal tiap-tiap sorang. Dengan taktikal yg betul serta metaliti utk menang, Man City berjaya diayamkan oleh pemain LFC.

Joe Hart yg sblm ini beraksi mantap gagal menyekat gol hasil tendangan maut dari Carroll, lorongan cantik dari Kuyt serta tandukan berbisa Carroll.Selain itu, Mancini dilihat terkedu, tidak mampu lagi
memberikan sebarang nasihat yg bernas utk memecah pertahanan kental LFC.


Pertahanan
-Carra-Skrtel di center back adalah gandingan sesuai sekiranya Agger tidak dpt bermain. Bukannya Carra-Kyrgiakos or Skrtel-Kyrgiakos.
-Pemain muda utk bek kanan, John Flanagan aka Flanno bermain baik utk debutnya. Tidak gugup utk berhadapan dgn team besar mcm Man City. Skrang dah ada 2 future star bek kanan, Martin Kelly dan Flanno hasil dari Akademi LFC.
-Kembalinya Aurelio di bek kiri menyaksikan bahagian kiri lebih mantap dari sebelum ini, baik dari segi serangan mahupun pertahanan. Aurelio berjaya mengekang pergerakan Adam Johnson disamping mampu melakukan hantaran jauh tepat..gembira dapat tengok Aurelio main sepenuh masa 90 minit tanpa kecederaan.


Midfield
-Gandingan Lucas-Spearing kali nie menjadi xmacam minggu lepas. Mungkin dah kena marah ngan Steve Clarke.haha. Dua orang nie main lebih agresif dan tight marking lawan. Sorang tackle, sorang lagi menanti bola terlepas bila pemain lawan ditackle utk dapatkan kembali ball posession.
-Lucas menjalankan tugas dgn sempurna. Selain bertanggungjawab mengasak lawan, Lucas juga bertugas utk membuat through pass serta ball distribution semasa melakukan serangan.
-Meireles xyah cakap. Memang mantap dari dulu lagi. Hantaran lintang cantik darinya singgah di kepala Carroll utk menghadiahkan gol ke-3 LFC.

Serangan
-Carroll score gol pertama & kedua utk LFC di depan penyokong di Anfield..Torres pn x score2 lagi utk Chelsea..haha
-Gandingan Suarez-Carroll mantap di bahagian serangan. Suarez mengucar-kacirkan pertahanan melalui dribbling skilnya dan unpredictable move. Carroll mengasak pertahanan lawan melalui udara. Selain itu, Carroll mempunyai tendangan kaki kiri yg mantap. Laju siott...
-Mr Energizer Dirk Kuyt memang superb. Kat mana-mana ada je memberikan bantuan. Walaupun xlaju, Kuyt banyak juga mengasak lawan serta berjaya mendapatkan kembali bola. Kuyt dilihat banyak bergandingan dgn Suarez ketika melakukan serangan.



-The best performance from the Reds in front of the Kop. Bila lawan dpt bola, terus tutup rapat & buat asakan sepanjang perlawanan. Xdapat nk bernafas pemain Man City.
-Tunjukkan sekali lagi this kind of performance bila kita lawan Arsengal nanti.

Monday, April 11, 2011

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester City (12/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester City (12/4/2011)


Perlawanan menentang Man. City sudah tentu menarik dan dijangka sengit. Adakah LFC akan dapat bangkit dari kekalahan minggu lepas? Tetapi yg pasti apabila perlawanan berlangsung di Anfield, ia sentiasa memberi kelebihan kepada LFC terutama dlm menaikkan semangat pemain-pemain LFC agar menunjukkan permainan yg menarik di padang.

Sedikit Ulasan Perlawanan Lepas
Perlawanan lepas di mana Raul Meireles bermain di sayap dan Jay Spearing diberi peluang menggantikan tempat Steven Gerrard nampaknya kurang berkesan terutamanya pengawalan & pergerakan bola di tengah padang. Gandingan Lucas-Spearing walaupun dilihat berjaya dlm tugas mengasak lawan tetapi dari segi hantaran dan pergerakan bola ketika menyerang amatlah tidak memuaskan.

Adakah King Kenny akan menggunakan formasi sama utk perlawanan menentang Man Cit nanti? Saya cuma berharap ia tidak berlaku. Bagi saya, gandingan paling ideal di tengah sekiranya Gerrard tidak ada adalah gandingan Meireles-Lucas. Meireles dilihat lebih efektif bermain di bahagian midfield, tidak kira sama ada di posisi tengah ataupun posisi lebih advance ke depan(Attacking Mid).

Sementara di sayap kiri, kita masih mempunyai Maxi Rodriguez dan Joe Cole. Maxi lebih kreatif dalam pengawalan & hantaran bola manakala Joe Cole mungkin hantaran silangnya lebih mantap dari Maxi.

Apapun, LFC perlu mendapat 3 mata dlm perlawanan ini sekiranya mahu impian utk beraksi dlm Europa League musim depan terus hidup.

Berita Semasa LFC
-Stevie, Agger,Kelly tidak akan bermain lagi utk baki 7 perlawanan musim ini kerana kecederaan. Stevie baru shj menjalani operation ke-2 dan hanya akan kembali ke skuad utk pre-season musim depan.
-Glen Johnson akan berehat selama sebulan sebelum dapat kembali ke dlm pasukan.
-Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey sudah kembali pulih dan dijangka berada dlm skuad
-Pemain muda Jack Robinson dan John Flanagan dipanggil berlatih bersama skuad senior dan juga akan berada dlm senarai skuad kerana LFC kekurangan pemain pertahanan.


Formasi Kemungkinan:-

Formasi 4-4-2

Formasi 4-2-3-1



-Apakah keputusan ramalan anda utk perlawanan ini?

Saturday, April 9, 2011

Starlet Adel Taarabt Menarik Perhatian LFC

www.tips-fb.com

Starlet Adel Taarabt Menarik Perhatian LFC


QPR playmaker Adel Taarabt khabarnya telah menarik perhatian Liverpool FC. Adel Taarabt telah menunjukkan prestasi yg memberangsangkan musim ini bersama QPR.

Liverpool director of football Damien Comolli dikatakan berminat utk membawa bekas pemain Lens ke Anfield. Untuk pengetahuan, Comolli adalah orang yg bertanggungjawab membawa pemain muda itu ke Tottenham Hotspurs pada 2007 dan Comolli memang sudah mengetahui bakat & keupayaan yg dimiliki pemain muda itu.


Pengurus QPR, Neil Warnock juga telah berkata, sekirany kelab-kelab besar datang dan menawarkan harga yg tinggi utk mendapatkan Taarabt, pemain itu mungkin berminat utk berpindah ke kelab tersebut. Buat masa ini antara kelab yg memantau prestasi Taarabt ialah Chelsea,Newcastle United, West Brom dan Liverpool FC.

Dianggarkan bernilai £9m, Taarabt adalah seorang pemain versetail, mampu bermain di belakang striker, atau sebagai winger sama ada di sebelah kanan ataupun kiri.




-Bagus pemain muda nie..Ada skills..Apa salahnya nak beli. Tapi jangan la letak kat bangku simpanan plak.

Agger,Gerrard,Kelly Out Hingga Akhir Musim - Aurelio Kembali

www.tips-fb.com

Agger,Gerrard,Kelly Out Hingga Akhir Musim - Aurelio Kembali 


Berita sedih buat peminat LFC. Laporan mengatakan Steven Gerrard, Martin Kelly and Daniel Agger tidak dapat lagi bermain utk baki 7 perlawanan musim ini kerana kecederaan yg dialami oleh mereka.

Sementara itu bek kiri LFC, Fabio Aurelio dikatakan telah kembali pulih dan akan kembali dalam kesebelasan utama utk perlawanan menentang Manhester City. Bagaimanapun King Kenny masih lagi risau kerana Aurelio hanya berjaya membuat 10 penampilan utk The Reds musim ini dan kemungkinan utk pemain ini cedera lagi adalah tinggi kerana Aurelio telah dilabel sbg "injury prone player".
Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga, King Kenny telah memanggil 2 pemain muda berbakat iaitu Jack Robinson dan John Flanagan utk berlatih bersama pasukan utama. Ini adalah langkah yg baik kerana LFC kekurangan pemain di bahagian pertahanan buat masa ini.




-Aii..Agger main OK tapi average game per season hanya 26-27 je. Kene cari sorang lagi center back yg power. Gary Cahill ke, Ryan Shawcross ke..
-LFC ada 3 injury prone player(Agger,Aurelio, Joe Cole). Tak tau la nasib mereka musim depan. Ada lagi ke x kt LFC.

Thursday, April 7, 2011

Juventus Mahu Liverpool Beri Diskaun €4m Utk Aquilani

www.tips-fb.com

Juventus Mahu Liverpool Beri Diskaun €4m Utk Aquilani


Kelab gergasi Italy, Juventus khabarnya cuba utk berunding dengan Liverpool FC bagi membolehkan kelab itu  membeli Alberto Aquilani.

Perbincangan telahpun diadakan antara kedua belah pihak LFC dan Juventus berkaitan masa depan Aquilani sama ada kekal di Juventus ataupun kembali ke Anfield akhir musim ini. Juventus nampaknya berharap agar Liverpool FC dapat memberikan diskaun bagi mendapatkan Aquilani secara kekal.


Liverpool dilaporkan meminta Juventus membayar €16 million, but mengikut laporan Juventus hanya sanggup membayar sebanyak €12m.


Selain itu, Aquilani juga perlu bersetuju dengan tawaran Juventus utk mengurangkan gajinya, di mana sekarang pemain itu mendapat €3.5m/tahun, sekiranya mahu kekal di Juventus.

Sepanjang berada di Juventus Aquilani telah mempamerkan aksi yg baik dan juga telah menjaringkan 2 gol dalam 27 penampilan.





-Kalau dapat €12-14M hasil jualan Aquilani , dah boleh beli pemain midfield yg lain. Charlie Adam ke, Moussa Sissoko ke...jimat transfer fund.

9 Pemain Bakal Dijual LFC Akhir Musim Ini?

www.tips-fb.com

9 Pemain Bakal Dijual LFC Akhir Musim Ini?

Liverpool FC diberitakan akan menjual 9 pemainnya di akhir musim ini untuk membolehkan pemain muda yg lebih berkualiti dibawa masuk bagi memantapkan skuad utk persiapan musim 2011/12.

King Kenny dan Damien Comolli telah mengenalpasti beberapa pemain yg mereka rasa patut dijual di akhir musim ini.
1)Milan Jovanovic
-Gagal memberi impak kepada LFC. Walaupun mempunyai pace, finishing yg baik tetapi gagal mengikut rentak permainan LFC.
-Beberapa kelab Bundesliga telah menunjukkan minat utk mendapatkannya.
-Dianggarkan bernilai dalam £4M - £6M.

 
2)Phillip Degen
-Mampu bermain sebagai bek kanan ataupun wing kanan. Tetapi sepanjang berada di LFC, Degen dilihat banyak berada di bangku simpanan dan injury prone
-Dipinjamkan ke VfB Stuggart hingga akhir musim.

3)Paul Konchesky
-Pemain yg dibeli oleh Pak Cik Roy dari kelab lamanya Fulham utk menjadi bek kiri utama LFC. Gagal mempamerkan aksi yg konsisten, kurang digemari oleh peminat LFC dan telah dipinjamkan ke Notthingham Forest hingga akhir musim.
-Bakal dijual kembali kepada Fulham sekitar £1.5M

4)Christian Poulsen
-Juga pemain yg dibeli oleh Pak Cik Roy utk mencabar Lucas di posisi holding midfielder.
-Gagal menunjukkan prestasi yg baik ketika zaman Roy Hodgson mahupun setelah King Kenny ambil alih.
-Kelab Serie A Genoa, Udinese dan Cagliari berminat utk mendapatkan khidmat Poulsen.
-Dianggarkan bernilai £3-4m


5)Emilinao Insua
-Bek kiri yang dipinjamkan ke kelab Galatasaray hingga akhir musim.
-Dianggarkan bernilai £2-4M

 
 6)Alberto Aquilani
-Dipinjamkan ke Juventus setelah Pak Cik Roy ambil alih LFC. Telah menunjukkan prestasi yg baik disana dan prestasinya yg baik membolehkan Aquilani disenaraikan ke dalam skuad kebangsaan Italy.
-Juventus perlu membayar £12-£15M sekiranya mahu Aquilani kekal di sana

7)Joe Cole
-Bermain agak baik tetapi sering mengalami kecederaan musim pertama dgn LFC. King Kenny sudi memberikan peluang kepada Cole utk membuktikan keupayaannya.
-Mungkin dijual kerana LFC dikatakan mencari 2 pemain sayap baru utk musim depan dan ini akan mengehadkan peluang Joe Cole beraksi di LFC.
-Spurs dan West Ham United telah menunjukkan minat utk mendapatkan khidmat  pemain ini.
-Joe Cole dianggarkan bernilai £5M sekiranya King Kenny mahu menjualnya.


8)Nabil El-Zhar
-Mempunyai pace dan beberapa gerakan menarik tetapi pemain ini nampaknya tidak berada di dalam perancangan LFC pada masa depan.
-Dipinjamkan ke kelab Greek, PAOK Salonika

9)Sotirios Kyrgiakos
-Pertahanan tengah yg mantap di udara tetapi tidak mampu utk mengawal penyerang yg mempunyai pace dan dribbling skill yg baik.
-Menunjukkan prestasi yg tidak konsisten di bahagian pertahanan LFC. Perlu digantikan dgn pertahanan muda yg lebih mantap.




-Hahah..banyak rupanya pemain yg sepatutnya berada dalam skuad LFC. Memang patut pun dilelong akhir musim nie..

Sunday, April 3, 2011

Match Report : Roy Hodgson FC(WBA) 2-1 King Kenny FC(LFC)

www.tips-fb.com

Match Report : Roy Hodgson FC(WBA) 2-1 King Kenny FC(LFC)


Kalah..

Ini adalah perlawanan kedua dibawah kendalian King Kenny yang saya rasa LFC bermain di bawah tahap keupayaan yg sebenar. Yang pertama ialah ketika kita kalah kepada West Ham 3-1.

Keadaan menjadi lebih buruk kepada LFC kerana 2 pemain pertahanan terpaksa dibawa keluar di awal separuh masa pertama iaitu Daniel Agger dan Glen Johnson.

Sepanjang perlawanan, pergerakan bola ketika kita menyerang tidak begitu teratur dan pujian harus diberikan kepada skuad Pak Cik Roy. Mereka bermain lebih teratur dan banyak melakukan hantaran yg lebih menarik daripada LFC.

Apapun pengadil pada perlawanan ini juga tidak menjalankan tugas dengan baik. Pengadil lebih memihak kepada skuad tuan rumah.

Bagi saya, keputusan seri adalah keputusan yg sepatutnya utk perlawanan ini.



-Agger main bagus tapi selalu sngt injured. Sudah tiba masa cari sorang lagi defender mantap. Nak harapkan Kyrgiakos, kadang2 je OK.
-Boleh le usha-usha Mexes ke, Ryan Shawcross ke, xpun Gary Cahill...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...