Join The Community




Search

Monday, April 11, 2011

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester City (12/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Liverpool - Manchester City (12/4/2011)


Perlawanan menentang Man. City sudah tentu menarik dan dijangka sengit. Adakah LFC akan dapat bangkit dari kekalahan minggu lepas? Tetapi yg pasti apabila perlawanan berlangsung di Anfield, ia sentiasa memberi kelebihan kepada LFC terutama dlm menaikkan semangat pemain-pemain LFC agar menunjukkan permainan yg menarik di padang.

Sedikit Ulasan Perlawanan Lepas
Perlawanan lepas di mana Raul Meireles bermain di sayap dan Jay Spearing diberi peluang menggantikan tempat Steven Gerrard nampaknya kurang berkesan terutamanya pengawalan & pergerakan bola di tengah padang. Gandingan Lucas-Spearing walaupun dilihat berjaya dlm tugas mengasak lawan tetapi dari segi hantaran dan pergerakan bola ketika menyerang amatlah tidak memuaskan.

Adakah King Kenny akan menggunakan formasi sama utk perlawanan menentang Man Cit nanti? Saya cuma berharap ia tidak berlaku. Bagi saya, gandingan paling ideal di tengah sekiranya Gerrard tidak ada adalah gandingan Meireles-Lucas. Meireles dilihat lebih efektif bermain di bahagian midfield, tidak kira sama ada di posisi tengah ataupun posisi lebih advance ke depan(Attacking Mid).

Sementara di sayap kiri, kita masih mempunyai Maxi Rodriguez dan Joe Cole. Maxi lebih kreatif dalam pengawalan & hantaran bola manakala Joe Cole mungkin hantaran silangnya lebih mantap dari Maxi.

Apapun, LFC perlu mendapat 3 mata dlm perlawanan ini sekiranya mahu impian utk beraksi dlm Europa League musim depan terus hidup.

Berita Semasa LFC
-Stevie, Agger,Kelly tidak akan bermain lagi utk baki 7 perlawanan musim ini kerana kecederaan. Stevie baru shj menjalani operation ke-2 dan hanya akan kembali ke skuad utk pre-season musim depan.
-Glen Johnson akan berehat selama sebulan sebelum dapat kembali ke dlm pasukan.
-Fabio Aurelio dan Jonjo Shelvey sudah kembali pulih dan dijangka berada dlm skuad
-Pemain muda Jack Robinson dan John Flanagan dipanggil berlatih bersama skuad senior dan juga akan berada dlm senarai skuad kerana LFC kekurangan pemain pertahanan.


Formasi Kemungkinan:-

Formasi 4-4-2

Formasi 4-2-3-1



-Apakah keputusan ramalan anda utk perlawanan ini?

3 comments:

Of course la Liverpool menang..
Main kt Anfield, boleh balas dendam kalah 3-0 lwn man city awal season arituh..
prediction? 2-1..liverpool dapat sepakan penalti..yeah YNWA

Sy menjagkakan liverpool mng tipis. ramalan 1-0

Aku xnak tengok mamat katik Spearing main..Jonjo OK tapi
Meireles ngan Lucas better dok kt tengah..Sbb nie match penting.

Kat wing kiri tue letak ler Maxi or Joe Cole..

Cross lawa, Carrol tanduk..1 0
Suarez main mantap..kasi gelecek sket..2 0
Tevez,Silva main OK..2 1

Haha

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...