Join The Community




Search

Tuesday, February 22, 2011

Rumor : Martin Skrtel Menafikan Laporan Mengaitkannya Dgn Wolfsburg

www.tips-fb.com

Rumor : Martin Skrtel Menafikan Laporan Mengaitkannya Dgn Wolfsburg


Martin Skrtel tiada keinginan utk meninggalkan kelab Liverpool dan menyatakan dia tidak tahu menahu tentang laporan mengaitkannya dengan perpindahan ke Wolfsburg.


Pemain antarabangsa Slovakia berpindah ke Liverpool dari Zenit St. Petersburg pada January 2008, berkata dia gembira berada di Anfield dan tiada keinginan utk berpindah buat masa sekarang.

"Saya hanya tahu tentang Wolfsburg berminat mendapatkan khidmat saya dari Internet dan tidak tahu sama ada berita ini benar atau tidak, " kata pemain berusia 26-tahun yang masih mempunyai baki kontrak selama 3 tahun setengah di Liverpool FC.

"Tetapi yang pastinya - Saya mempunyai kontrak dgn Liverpool dan saya gembira di sini, saya tidak akan ke mana-mana sekiranya kelab masih gembira dgn khidmat saya. "

Agger: Liverpool Ternyata Berbeza Setelah Dalglish Menggantikan Hodgson

www.tips-fb.com

Agger: Liverpool Ternyata Berbeza Setelah Dalglish Menggantikan Hodgson


Pertahanan tengah Liverpool, Daniel Agger berkata mereka menjadi satu pasukan yang lebih bagus setelah kedatangan Kenny Dalglish.


Liverpool kini dilihat lebih berbahaya dan banyak memberi ancaman kepada lawan untuk beberapa minggu ini, dan Agger merasakan gaya serangan yg meyakinkan secara tidak langsung telah membantu mengurangkan ancaman utk pertahanan Liverpool, dengan hanya melepaskan 1 gol dlm 6 perlawanan terdahulu.
 
Agger berkata kpd Liverpoolfc.tv, "Pasukan yg Kenny bimbing adalah pasukan sama yg dibimbing Roy Hodgson. Tetapi dibawah bimbingan Kenny, kami merasa lebih gembira dan bersemangat utk bermain ".

Monday, February 21, 2011

Photo : Andy Carroll Bersama Pemain LFC Lain Training di Melwood

www.tips-fb.com

Photo : Andy Carroll Bersama Pemain LFC Lain Training di Melwood

Andy Caroll bersama striking partner baru, Luis Suarez







-Khabarnya mungkin Andy Caroll akan bermain dlm perlawanan menentang West Ham..

Rumor : King Kenny Mahu Dapatkan Celtic Left-Back Emilio Izaguirre

www.tips-fb.com

Rumor : King Kenny Mahu Dapatkan Celtic Left-Back Emilio Izaguirre


Pengurus Liverpool, King Kenny dilaporkan berminat utk mendapatkan khidmat pertahanan kiri Celtic FC, Emilio Izaguirre setelah menyaksikan aksi pemain itu ketika Celtic membelasah Rangers 3-0 pada hari Ahad lepas.

Izaguirre antara salah seorang pemain yang dipantau oleh scout Liverpool bg menyelesaikan masalah di posisi pertahanan kiri.

Pemain Honduras yg berusia 24-tahun ini mempunyai rekod cemerlang pada musim pertama di Celtic setelah berpindah dari kelad Montagua. Dia sekali lagi menunjukkan prestasi yg baik ketika kelabnya menang 3-0 menentang Rangers.

Celtic dikhabarkan meminta sekitar £4.5million  utk mendapatkan khidmat Izaguirre.

Liverpool akan menjual Paul Konchesky yang sekarang dipinjamkan ke kelab Notthingham Forest sehingga akhir musim. Left-back utama Liverpool sekarang iaitu Fabio Aurelio pula sering tercedera dan buat masa sekarang King Kenny meletakkan Glen Johnson sebagai left-back sementara.

- Nampak macam biasa-biasa je. Kalau ada duit, baik dapatkan yg power terus, Fabio Coentrao ke Taye Taiwo ke

Video : Suarez di Amsterdam utk Ucapan Selamat Tinggal

www.tips-fb.com

Video : Suarez di Amsterdam utk Ucapan Selamat Tinggal


Luis Suarez mengambil kesempatan balik ke Ajax Amsterdam kerana tidak terlibat dlm Europa League utk mengucapkan selamat tinggal kpd bekas rakan sepasukannya dan juga peminat di sana.

Suarez diberi tepukan gemuruh oleh pasukannya dan seluruh penyokong Ajax ketika memasuki stadium utk bersalam-salaman dan memberi ucapan sepatah dua kata. Suarez diberi sambutan hangat kerana disayangi oleh penyokong Ajax dan telah menyumbangkan banyak gol sepanjang beliau beraksi di Ajax.

Di akhir sambutan, para penyokong Ajax menyanyikan lagu tema Liverpool ‘You’ll Never Walk Alone’ kepada bekas pemain kesayangan mereka, menyokong karier beliau di sana.


Ternyata Luis Suarez adalah seorang pemain yang hebat dan seorang yang tidak melupakan jasa kepada bekas kelabnya. Sepatutnya pemain-pemain lain harus mencontohi sikap Suarez, mengucapkan selamat tinggal kepada kelab lama dan juga penyokong setelah berpindah ke kelab lain.





-Harapnya penyokong Liverpool juga menyokong karier Suarez & sumbat bnyk2 gol utk Liverpool

Rumor : Liverpool Sekali Lg Dikaitkan Dgn Ibrahim Afellay

www.tips-fb.com

Rumor : Liverpool Sekali Lg Dikaitkan Dgn Ibrahim Afellay


Liverpool FC sekali lagi dikaitkan dengan pemain Belanda, Ibrahim Afellay. Dikhabarkan Liverpool bersedia menawarkan  £9 million  kepada Barcelona walaupun tahu The Dutchman itu baru sahaja berpindah ke Barcelona daripada kelab PSV Eindhoven pada bulan lepas.

Afellay dikatakan tidak gembira di Nou Camp kerana kekurangan aksi "first-team" di sana. Afellay setakat ini hanya bermain selama 287 minit sejak tiba di The Catalan, membuat 3 shj penampilan, 2 daripadanya utk Copa del Rey.

Afellay sebelum ini telah pun dikaitkan dgn Liverpool semasa kontraknya bersama PSV akan tamat pada musim perpindahan lepas dan Liverpool hampir mendapatkannya. Tetapi Afellay sebaliknya memilih utk berpindah ke Sepanyol.
Liverpool sekarang sedang memantau situasi Afellay dan akan cuba memujuknya ke Anfield sekiranya masih gagal utk mendapatkan "first-team action" di Barca.

-Baru je pindah, Barca hendak ke jual?

Sunday, February 20, 2011

Berita Semasa : Liverpool Menawarkan Kontrak Baru Utk Reina & Dirk Kuyt

www.tips-fb.com

Berita Semasa : Liverpool Menawarkan Kontrak Baru Utk Reina & Dirk Kuyt


Liverpool FC dikhabarkan bersedia utk menawarkan kontrak baru kepada Pepe Reina dan juga Dirk Kuyt.

Liverpool bersedia menawarkan extra £10,000 per week daripada gaji asal utk penjaga gol utama Pepe Reina sebagai cubaan utk menghalang Manchester United daripada membawa penjaga utama gol utama kita ke Old Trafford.


Sebagaimana yg kita tahu, Van der Saar akan bersara pada penghujung musim ini dan Sir Alex Ferguson sekarang sedang mencari pengganti yg sesuai dan menganggap Reina adalah calon yang paling layak. Kita juga tahu Pepe Reina baru-baru ini telah menyatakan yg dia tidak menafikan mungkin akan berpindah ke kelab lain pada masa akan datang utk bermain dlm Champion League.


King Kenny sebaliknya berkata Pepe Reina tidak akan ke mana-mana. Kenny berkata "Liverpool terlepas beraksi Champion League hanya setahun, dan kita ingin dapatkan kembali tempat utk beraksi ke Champion League. Oleh itu khidmat Reina amat diperlukan bg memastikan kita berjaya kerana dia adalah seorang penjaga gol yg hebat".


Sementara itu, pemain berusia 30-tahun Dirk Kuyt juga ditawarkan kontrak baru bersama The Reds. Kuyt berkata, "Kita telah berbincang bersama pengurusan Liverpool berkaitan kontrak baru dan ianya positif. Lagipun saya telah anggap Liverpool sebagai rumah saya dan tidak ingin pergi dari sini. "

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...