Join The Community




Search

Saturday, August 25, 2012

Done DEAL : Nuri Sahin Setuju Sign Liverpool Utk 1 Musim

www.tips-fb.com

Done DEAL : Nuri Sahin Setuju Sign Liverpool Utk 1 Musim


Dah baca berita terkini tentang abam Nuri Sahin ke Liverpool FC? Katanya dah official yg Nuri Sahin akan sign utk Liverpool, subject to medical. Real Madrid dah keluarkan statement dah kelab dah mencapai persetujuan dgn Liverpool utk meminjamkan abam Sahin selama 1 musim. Statement dari Real Madrid, "Sahin, 23-thn akan menjalani pemeriksaan perubatan di Merseyside".

Aku dah lama dah minat kat cara permainan abam Sahin nie sejak dia dekat Dortmund lagi. Dulu, aku ingat lagi kalau dia nak keluar dari Dortmund harap2 Liverpool sambar dia cepat2. Tup tup dapat kat Real Madrid.

Tapi nampaknya jodoh abam Sahin dgn Liverpool masih ada, walaupun utk pinjaman 1 musim sudah cukup. Rasanya kalau dia main bagus & kurang injured, memang akan jadi fans feveret la musim nie abam Sahin.


Abam Nuri Sahin akan menjadi pemain ke-4 yg dibawa masuk oleh Brendan Rodgers selepas Fabio Borini, Joe Allen & Oussama Assaidi.

Nie ada video yg betapa kita yg menunjukkan betapa kita memerlukan abam Sahin di bahagian Midfield :-



-pokdin-

[Gambar] Oussama Assaidi Berlatih di Melwood

www.tips-fb.com

[Gambar] Oussama Assaidi Berlatih di Melwood

Dah tengok gambar Oussama Assaidi, winger terbaru kita berlatih kt Melwood bersama pemain2 lain? Nie ada gambar kat bawah.

Dibeli dgn harga 3M, memang berbaloi. Walaupun badan kecik, dia mempunyai skill2 yg menarik. Lagipun dia pun memang dah main style 4-3-3 kat kelab lama dia.





[Video] Performance Raheem Sterling vs Hearts - 1st Official Debut

www.tips-fb.com

[Video] Performance Raheem Sterling vs Hearts - 1st Official Debut

Nie plak video Raheem Sterling vs Hearts.
Utk makluman, perlawanan vs Hearts adalah official debut utk adik Raheem Sterling.

Tengok cara dia main, boleh kata lebih matang dari umur 17-tahun.


Antara yg aku suka pasal adik Raheem nie:-
-Pace & trickery yg dia ada.
-Ability utk melepasi pertahanan lawan.
-Ada peluang suka cutting inside & buat shot terus ke gol.
-Ability utk track back kalau terlepas bola walaupun badan dia nie x berapa besar.

[Video] Performance Joe Allen vs Hearts

www.tips-fb.com

[Video] Performance Joe Allen vs Hearts

Dah tengok permainan Joe Allen semasa Europa League lawan Hearts? Nah nie dia.


Europa League : Hearts 0 - 1 Liverpool

www.tips-fb.com

Europa League : Hearts 0 - 1 Liverpool 

Ada tengok match nie? Aku tengok haha.

1st Half:-
Kalau tengokkan line up 1st eleven tue, aku memang x berapa suka. Dah la star player direhatkan utk mendapatkan rehat secukupnya bg menghadapi perlawanan menentang Man City.

Jamie Carragher lebih diberi peluang berbanding Coates. Bagi aku, B.Rodgers perlu lebih realistik sket. Lebih banyak Coates main, maka lebih bersedia utk dia main dlm kesebelasan utama dlm EPL.
Carra plak, lebih banyak bagi dia main maka lebih banyak mistake dia buat. Aku admit la dia memang Legend tapi peluang sebegini Rodgers patutnya bagi kat Coates utk tambah pengalaman. Sampai bila dia nak duduk kat bangku simpanan. Satu masa Carra pass ke belakang, nasib baik Reina cepat kalau x memang terlepas kat pemain lawan.

Kat tengah plak, Jay Spearing & Charlie Adam sebagai central midfield dan Jonjo sebagai Attacking midfield. Seperti yg aku post sebelum nie, Jay Spearing memang teruk bab positioning. Bagi Rodgers yg style dia memerlukan pemain2 yg pandai bertukar2 posisi, Spearing bukanlah pemain yg sesuai utk style mcm nie. Charlie Adam pun sama masih tercari-cari rentak. Marking & tackling pon xberapa bagus lagi, bnyak main langgar player je dari betul2 tackle. Sangat tak kreatif bahagian tengah masa 1st half.

Nasib baik ada Jonjo yg memang lebih matang permainannya. Cara dia mengawal bola, membahagi bola, menghubungkan bahagian pertahanan dgn bahagian serangan cukup aku suka. Cuma satu je lagi dia kene banyak berlatih, volleh luar kotak penalti. Masih lagi fail.

Hendo, Sterling, Borini trio serangan. Hendo & Jonjo nampak comfortable saling bertukar posisi. Raheem memang terbaik. Pace, trickery semua ada. Tengok dia bermain, membuatkan aku rindu betapa kita perlu pemain seperti abam Raheem sebagai winger utk 1st team.

2nd half:-
Raheem masih menunjukkan prestasi yg baik, out-pace right back, cutting inside utk shot goal etc.
Permainan masa kedua nie aku tengok memang lebih baik terutama bila kemasukan Joe Allen kat tengah ganti Spearing, Downing masuk ganti Jack Robinson. Haha Downing masuk ganti Jack jadi left-back kejap. Mungkin Rodgers tengok Hearts memang dah xboleh serang dari kanan sebab diorang dok busy jaga Raheem Sterling yg selalu bikin susah kat pemain diorang.

Joe Allen memang terbaik. Positioning, passing dia tue yg membuatkan midfield Liverpool lebih fluid. Ball distribution pn lebih baik.



Apapaun walaupun menang 1 goal je, menang tetap menang. Lagi2 gol nie di tempat lawan.


-pokdin-

Thursday, August 23, 2012

Nuri Sahin X Jadi ke Arsenal? Mungkin ke Liverpool?

www.tips-fb.com

Nuri Sahin X Jadi ke Arsenal? Mungkin ke Liverpool?

Nie adalah berita yang aku sempat baca dalam 3/4 jam lepas berkenaan Nuri Sahin.


Sebelum nie semua sudah maklum yang Sahin telah memilih utk loan di Arsenal berbanding Liverpool FC. Katanya nak main kat Liga2 Juara Eropah, Liverpool xder sebab tu xnak pergi. Kalau ikutkan, Xabi Alonso dah pujuk dah abam Sahin nie suruh main kt kelab Liverpool. Jose Mourinho pun lebih suka dia pergi Liverpool daripada Arsenal.

Mengikut seorang wartawan nie, dia kata Nuri Sahin sepatutnya menjalani medical kat Arsenal pada hari Isnin utk melengkapkan perpindahan tapi malang utk Arsenal, Sahin x muncul2.

Berita baik utk peminat Liverpool, mengikut rumor terkini agent kepada abam Sahin nie Reza Fazeli telah pun berlepas ke Anfield utk melengkapkan perpindahan loan Sahin ke LFC selama 1 season. Katanya agent dah sampai kat Anfield pada hari semalam.


Kenapa Sahin x jadi masuk Arsenal? Mengikut kata akhbar, si abam Sahin jadi xberminat nak masuk sebab kat dalam kontrak tu Arsenal nak masukkan option to buy lepas pinjaman selama 1 musim habis. Sahin nak main kat Real Madrid lagi utk season2 seterusnya dan menganggap dia masih  lg ada future dgn Real.


-pokdin-

Wednesday, August 22, 2012

Newcastle Nak Beli Carroll Hanya Pada Harga £12m? Setuju?

www.tips-fb.com

Newcastle Nak Beli Carroll Hanya Pada Harga £12m? Setuju?

 

Striker paling mahal dibeli utk pemain British pada harga 35M, si abam Andy Carroll yang pada aku kalau dia setuju duduk kat bangku simpanan & terima kenyataan yg dia bukan pilihan utama B.Rodgers, elok diberi peluang hingga ke musim transfer yg seterusnya.

Aku memang setuju kalau orang kata die nie x suka turun naik, prefer stay kat atas je. Tapi dari sudut positif si abam Carroll nie memberikan kita option yg berbeza pada posisi Striker. Takkan la si B.Rodgers nak main style passing kat kaki sepanjang masa, ada jugak masa2 yg kita perlu guna khidmat Carrol nie. Macam lawan West Brom ari tuh, ada 2 3 free header yg ditanduk oleh Luis Suarez tapi x membuahkan hasil. Cuba bayangkan kalau Carrol ada kat situ, memang konpem gol.

Berbalik cerita asal, panjang pulak aku cerita pasal abam Carroll nih. Dengar khabar Newcastle United memang berminat nak sign balik abam Carroll tapi diorang hanya tawar harga £12m je. Kalau Liverpool nak lebih daripada tuh, carik kelab lain.

Mentang2 lah diorang tahu Carroll dah x happy sebab dia bukan 1st choice striker, sedap2 je diorang tawar harga murah nak sign balik. Mangkuk hayun btol !!

B.Rodgers plak bgtau nak simpan Carroll kalau x dapat harga sekitar 17M, tapi kalau ada pemain kat bangku simpanan yg x happy, boleh menjejaskan moral pemain2 lain jgk. Dengar kata Rodgers nak issue nie settle dengan cepat, so bila dah jual abam Carrol boleh la dia gunakan duit hasil jualan utk beli striker baru yg seswai dgn cara permainan yg die nak implement.


-pokdin-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...