Join The Community




Search

Thursday, April 21, 2011

Poulsen Bakal Kembali ke Kelab Lamanya FC Copenhagen

www.tips-fb.com

Liverpool Flop, Poulsen Bakal Kembali ke Kelab Lamanya FC Copenhagen


Liverpool flop Christian Poulsen dilaporkan akan kembali ke kelab lamanya FC Copenhagen pada perpindahan akan datang.

Poulsen dibeli oleh Pak Cik Roy Hodgson daripada Juventus pada harga £4.5m utk menggantikan tempat Javier Mascherano sebagai holding midfielder kerana combative skill yg ada pada pemain ini.

Malangnya Poulsen gagal melaksanakan tugasnya dengan baik serta tidak berapa konsisten. Akibatnya Poulsen diletakkan sebagai pemain di bangku simpanan utk kebanyakan perlawanan musim ini, hanya berjaya membuat 9 penampilan utk LFC.

Laporan di media Denmark menyatakan pemain berusia 31-thn itu sudah pun menandatangani kontrak 1 tahun bersama FC Copenhagen.



-Kalo betul, gud luck kt Poulsen..Your style of play is not suit LFC and your combative skill is not that great anymore..

LFC Mahu Sign Kreatif Midfielder - Steven Defour ?

www.tips-fb.com

LFC Mahu Sign Kreatif Midfielder - Steven Defour ?


Liverpool dikhabarkan telah sedia utk menawarkan £1M kepada Standard Liege utk mendapatkan khidmat kreatif midfielder Steven Defour. Defour sebelum ini dikaitkan dgn perpindahan ke Man. United tetapi nampaknya United tidak lg menunjukkan minat utk membawa pemain ini ke Old Trafford.


Pemain berusia 23-tahun ini dikatakan akan meninggalkan Standard Liege pada penghujung musim dan Liverpool FC telah muncul sebagai destinasi yg mungkin akan dituju oleh pemain ini. Mengikut laporan, agen kepada Defour telah dihubungi oleh kelab Benfica dan LFC, Damien Comolli juga telah menghubungi agen Defour.

Defour sebelum ini dikatakan tidak berminat utk menyertai LFC tetapi laporan terkini menyatakan Defour kagum dgn LFC setelah diambilalih pengurusannya oleh Kenny Dalglish.

Katanya, "Liverpool sekarang adalah berbeza berbanding dgn LFC tahun lepas".

Comolli sebelum ini telah berkata dia akan membawa "top players" ke Anfield dan berjanji akan melaksanakannya pada perpindahan akan datang.



-Bagus la..bawak 2 3 orang lagi top player ke Anfield utk mengembalikan kegemilangan LFC. King Kenny tentunya tahu pemain mana yg mampu memberikannya kejuaraan.YNWA

Tuesday, April 19, 2011

[Video] 6 Pemain Muda Harapan LFC - Hot Prospek

www.tips-fb.com

[Video] 6 Pemain Muda Harapan LFC

Pemain muda LFC semua hebat-hebat belaka dan memperlihatkan potensi utk menjadi bintang pada masa akan datang.

1) Fernandez Suso
-Walaupun muda, Suso mampu melakukan hantaran yg cukup baik. Passing abilitinya dikatakan sehebat Alonso. Xperlu beli Charlie Adam, kerana LFC sudah ada Suso.
-X sabar rasanya nak tengok Suso beraksi dalam 1st team.





2) Jay Spearing
-Tidak takut utk melakukan tackle yg keras dan suka membuat pressure ke atas lawan. Kriteria yg memang diperlukan utk menjadi Defensive mid yg baik.
-Juga mempunyai hantaran yg baik.







3) Martin Kelly
-Menjadi pilihan utama King Kenny utk bek kanan setelah Glen Johnson digunakan di sebelah kiri.
-Mampu membuat hantaran cross yg baik serta dapat bertahan dgn baik ketika diserang.




4) John Flanagan aka Flanno
-Debut pertama semasa menentang Man. City di Anfield
-Mempunyai ciri-ciri pemain yg mampu utk pergi jauh di masa hadapan.




5) Jack Robinson
-Berusia 17-thn tetapi King Kenny menaruh kepercayaan kepadanya utk menggantikan tempat Aurelio setelah injured ketika perlawanan vs Arsenal ahad lepas.




6) Raheem Sterling
-5 gol yang dijaringkan ketika perlawanan menentang Southend Utd telah menunjukkan apa yg boleh dilakukan oleh Sterling.

Sunday, April 17, 2011

Match EPL Preview : Arsenal - LFC (17/4/2011)

www.tips-fb.com

Match EPL Preview : Arsenal - LFC (17/4/2011)


Liverpool akan berkunjung ke Emirates utk perlawanan away menentang pasukan meriam Arsenal FC bimbingan Pak Cik Wenger.

King Kenny sudah tentu mahu anak buahnya menunjukkan prestasi yg mantap sama seperti ketika mereka membenam Man City 3 - 0 minggu lepas di Anfield. King Kenny dijangka akan menurunkan barisan pemain yg sama ketika LFC menentang Man City.

John Flanagan akan diberi kepercayaan sekali lagi sebagai bek kanan kerana LFC masih lagi kekurangan pemain di bahagian pertahanan kerana Martin Kelly, Glen Johnson dan Daniel Agger masih lagi injured.

Bahagian midfield akan diisi oleh gandingan Lucas-Spearing-Meireles.

Kuyt-Carrol-Suarez akan sekali lagi menjadi penggempur utk membolosi benteng pertahanan Arsenal FC.

Formasi 4-3-3

Saturday, April 16, 2011

Kuyt Sign Kontrak Lanjutan - Kekal di Anfield Sehingga 2013

www.tips-fb.com

Kuyt Sign Kontrak Lanjutan - Kekal di Anfield Sehingga 2013


Pemain antarabangsa Belanda, Dirk Kuyt,30 telah bersetuju utk sign kontrak lanjutan utk kekal di Merseyside sehingga 2013. Kontrak asalnya sepatutnya tamat pada 2012 tetapi setelah berbincang Kuyt bersetuju utk melanjutkan kontraknya 1 tahun lagi dari kontrak asal.

Kenny Dalglish berpuas hati dengan prestasi semasa Kuyt walaupun telah mencecah usia 30 tahun. Utk musim ini, Kuyt telah menyumbat 9 gol daripada 27 penampilan.


"Kuyt seorang yg tidak pernah berputus asa, sentiasa bertenaga dan seorang pemain yg bagus".


-Bagusla sign kontrak lanjutan..Tapi since usia dah meningkat, baik King Kenny cari replacement utk Kuyt bagi posisi sayap kanan..Downing ke, Shaqiri ke

Friday, April 15, 2011

Jersey LFC Away Baru utk Musim Depan 2011/12

www.tips-fb.com

Jersey LFC Away Baru utk Musim Depan 2011/12

Dah tengok jersey baru Liverpool FC 2011/12 away kit? Oleh kerana aku minat kaler hitam so memang lawa la baju baru nie.

Baju kaler hitam/dark grey, pastu Logo LFC dan lining die kaler silver, kat bahagian lengan dan kollar ada kaler merah..


Sedikit gambar jersey terbaru LFC :-

versi short sleeve
 versi long sleeve
 versi golakeeper

Nie gambar pemain pakai jersey baru utk photoshoot :-




-Amacam geng? Lawa?

John Flanagan Debut Video : Bintang Muda LFC

www.tips-fb.com

John Flanagan Debut Video : Bintang Muda LFC


John Flanagan,18-tahun telah mempamerkan aksi yg baik ketika debutnya menentang Manchester City. King Kenny memberi kepercayaan kepada Flanno utk posisi bek kanan dan Flanno dilihat berjaya menjalankan tugasnya dengan baik tanpa rasa gementar biarpun berdepan pasukan hebat seperti Manchester City.

Flanno mampu bertahan dengan baik dan juga dilihat mampu naik ke atas memberi bantuan ketika pasukan melakukan serangan ke atas lawan. Terlepas peluang melihat aksi Flanno? Jangan risau. Tengok video kat bawah nie :-

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...