Rumor : King Kenny Mahu Dapatkan Celtic Left-Back Emilio Izaguirre
Pengurus Liverpool, King Kenny dilaporkan berminat utk mendapatkan khidmat pertahanan kiri Celtic FC, Emilio Izaguirre setelah menyaksikan aksi pemain itu ketika Celtic membelasah Rangers 3-0 pada hari Ahad lepas.
Izaguirre antara salah seorang pemain yang dipantau oleh scout Liverpool bg menyelesaikan masalah di posisi pertahanan kiri.
Pemain Honduras yg berusia 24-tahun ini mempunyai rekod cemerlang pada musim pertama di Celtic setelah berpindah dari kelad Montagua. Dia sekali lagi menunjukkan prestasi yg baik ketika kelabnya menang 3-0 menentang Rangers.
Celtic dikhabarkan meminta sekitar £4.5million utk mendapatkan khidmat Izaguirre.
Liverpool akan menjual Paul Konchesky yang sekarang dipinjamkan ke kelab Notthingham Forest sehingga akhir musim. Left-back utama Liverpool sekarang iaitu Fabio Aurelio pula sering tercedera dan buat masa sekarang King Kenny meletakkan Glen Johnson sebagai left-back sementara.
- Nampak macam biasa-biasa je. Kalau ada duit, baik dapatkan yg power terus, Fabio Coentrao ke Taye Taiwo ke
0 comments:
Post a Comment