Join The Community




Search

Tuesday, September 4, 2012

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

www.tips-fb.com

FSG Kedekut kat Anfield, Tapi Nak Belanja Besar kat Red Sox?

Kalau la berita yg aku bace nie betul, aku sebagai peminat tegar Liverpool FC memang hanging. Panassss!!!!



Mengikut berita, Owner FSG John W Henry telah memberikan komitmen kepada penyokong Boston Red Sox (kelab Baseball milik owner) yang dia akan berbelanja besar utk team tu tahun nie.

Henry berkata dlm satu surat terbuka, "Baseball adalah sukan 365 hari utk kita. Komitmen & matlamat kami adalah utk menang piala bersama Red Sox.

Kami akan meneruskan utk berbelanja besar seperti tahun2 lepas, menjadi pasukan  Red Sox yg ke-2 payroll tertinggi di antara 30 kelab yg lain".


Then what about Liverpool FC?? Bengom la FSG nih.
Dah la buat disaster masa musim perpindahan, xboleh nak backup financial utk Rodgers sign player baru. Pastu nak buat2 concern, tulis la surat kat peminat2 Liverpool seluruh dunia. Aku bace surat tue, boleh gelak je la. Cara surat tu ditulis, memang nk cover salah sendiri & point finger to other person. Budus.


Cara Liverpool spending season lepas pun aku boleh kata salah FSG. Start dari dia lantik Damien Comolli lagi. Konon nak oversee semua transfer activity.Bajet nak amik pemain muda, tapi harga berlebihan bayar kat kelab lain. Sebab tu la season nie, kalo kelab lain dengar Liverpool berminat dgn pemain diorang, terus harga jadi lain.


Harap musim perpindahan January nie FSG akan bagi duit secukupnya utk Brendan Rodgers spend utk pemain berkualiti.

Jangan plak January nie FSG masih buat budus, x nak bagi duit , pastu alasan nak promote pemain muda. Pemain muda xsalah nak bg peluang pemain muda tapi pemain senior/muda yg dah establish perlu jgk dibeli utk mendidik pemain muda nie disamping dapat menambah kualiti dalam skuad. Setakat bersaing dgn pemain muda, aku rasa skuad senior yg sekarang nie xkan improve sebab diorang tau diorang lebih berpengalaman & dh banyak main dari pemain muda. Of course la Rodgers akan pilih diorang dlm kesebelasan utama.


Harap FSG jgn menjadi macam Tom Hicks & George Gillet. Nak tengok fans seluruh dunia mengamuk sekali lagi ker?




-pokdin-



p/s : To Rodgers, don't worry you'll never work alone. You'll never walk alone.



Sunday, September 2, 2012

Temubual B.Rodgers - Kalah dgn Arsenal & Musim Perpindahan yg Mengecewakan

www.tips-fb.com

Temubual B.Rodgers - Kalah dgn Arsenal & Musim Perpindahan yg Mengecewakan


Brendan Rodgers berkata pemainnya akan improve bila masing2 faham dengan sistem yg dia nak aplikasikan.

Bila ditanya tentang kekalahan kat Anfield 2-0 di tangan Arsenal, Rodgers kata ini disebabkan  'poor decision making' oleh para pemain. Goal dilepaskan tiada kene mengena dgn sistem, tiada kene mengena dgn elemen taktikal semasa permainan. Cuma pemain mudah terlepas bola / gave ball away dan bila terlepas pemain tidak melakukan tindakan susulan yg sepatutnya utk mendapatkan balik bola yg terlepas. -Di sinilah perlunya defensive mid. Oh Lucas kepulanganmu ku tunggu.


Selain itu, Rodgers juga berkata kita masih lagi tidak clinical di depan gol. Peluang yg dicipta tue dah banyak tapi finishing masih lagi di takuk lama. No end product.   -Sama la macam season lepas. Bersepah kene tiang gol season lepas. Berlatih pakai tiang gol kot. Season nie xtau lagi berlatih mcm mana.

Komen Rodgers tentang pemain:-
1-Raheem Sterling memang terbaik malam nie. Pace yg dimiliki sedikit sebanyak mengharu-birukan defend lawan walau badan kecik.
2-Joe Allen & Santi Cazorla mendominate midfield. 2 player yg terbaik utk game nie.


Komen Rodgers tentang musim perpindahan:-
1-Semua sudah berlalu. Rodgers kata semua memang dah tahu LFC memang perlukan pemain2 baru di bahagian serangan malangnya kita tidak berjaya sign 1 pun player di saat2 akhir utk cover bhgn serangan.
2-We've got what we've got. What has happened has happened.  -Ayat nie memang sedih aku dengar. Nampak sangat Rodgers kecewa ngn management.



-pokdin-

Mencari Missing Person. Nama : Striker

www.tips-fb.com

Mencari Missing Person. Nama : Striker
Kepada sesiapa yg terjumpa orang yg bernama Striker nie, sila lah kembalikan pihak pengurusan Liverpool.
Keluarga Liverpool sangat2 merindukan Striker. Semenjak dua menjak nie memang terasa kehilangan Striker.
-pokdin-
P/s : post melalui mobile. Xleh nk tido. Terbayang kekalahan di Anfield.

Season 12/13 Match 3 : Liverpool 0-3 Arsenal - Dah Agak Attacking X Menjadi

www.tips-fb.com

2-0 : Optimistik, Tapi Dah Agak Attacking X Menjadi.



Haishh..Nie main kat Anfield ker main kat tempat lawan? Time Dalglish in charge pun, takde tiki-taka, xder main ball posession pn boleh menang kot. Team2 besar, Dalglish nie tau mcm mana nak tackle, lebih2 lagi kalo main kat Anfield.

Time Dalglish pun masalah dia sama, "Cara Nak Menghasilkan Gol". Tue masalah die. Nampaknya Rodgers masih xjumpe jalan penyelesaian. Style of play yg menarik, tue aku kata Rodgers dah sedikit sebanyak dh bawak dlm perlawanan Liverpool. In term of cara nak score gol, style of play masa attacking tue aku kata x bnyak pn perubahan.


Malas nak tulis panjang2 dah xder mood. Bila kalah, keciwa, berjela-jela la message kat pesbuk, kat phone geng2 aku mengutuk Liverpool FC.

Kata diorang, Liverpool dh jadi mid table EPL team. Nak buat mcm mana, in term of cara bermain, aku tengok Manciteh, MU, Arsenal, Chelsea, Newcastle, Swansea, Spurs diorang semua memang lebih ke depan drpd kita kot. Nie bukan komen nk kutuk team kesayangan, tapi komen berpijak di bumi yg nyata. Tapi kalo kat depan2 member, aku x la cakap mcm ni. Giler ko nak kutuk team sendiri, mesti la defend sket2 walaupun kalah.

Haishhhh, harap kesabaran menunggu perubahan yg dibawa oleh Brendan Rodgers nie berbaloi.



Kesimpulan game hari nie:-
1-Joe Allen giler mantap, sayang Nuri Sahin malam nie main safe je. X banyak pass forward yg dia bawak. Nampak loss, mcm xtau lagi nak buat apa. Nervous lg kot. Man of the Match, definitely Joe Allen.
2-Steven Gerrard, Luis Suarez, korang nie xkan x berlatih bersama kot cara2 time nak menyerang mcm mana? Nak main one-two pass pun fail. Fail!!!! Mana chemistry?
3-Jonjo Shelvey, mamat nie aku suka bila dia masuk. Shoot dari jauh, pass pun terbaik, link up play pun OK, energy pun ada. Kalau la Sahin main OK malam nie, aku rasa baik Rodgers gantikan Gerrard dgn Jonjo. Gerrard mcm dh xbermaya sket.
4-Hahaha, xder Striker kat dalam sub. Korang perasan?????
5-Its obvious Abou Diaby is Arsenal Yaya Toure utk malam nie. Xder orang pn nak close marking die.
6-Memang nampak bila kita xder defensive mid. Joe Allen main central, xkan dia jgk nak cover tackling. Sket2 boleh la. Time lawan tengah serang, tue kerja defensive mid utk break up play. Recover ball.
7-Dah 7 gol dh dilepaskan sejak start season baru nih. Lepas Steve Clarke cabut, memang cara defend nampak dah goyang. Reina nie sampai bila kita boleh bersabar yer?? Dah mandi bunga ke blom?



Apa pendapat anda game nih? Sama-sama kita lepaskan ketidakpuasan kt dlm ruang komen.



-pokdin-


p/s : Fantasy EPL aku ade Santi Cazorla. Yeah banyak dapat point.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...