Berita Semasa : Liverpool Menawarkan Kontrak Baru Utk Reina & Dirk Kuyt
Liverpool FC dikhabarkan bersedia utk menawarkan kontrak baru kepada Pepe Reina dan juga Dirk Kuyt.
Liverpool bersedia menawarkan extra £10,000 per week daripada gaji asal utk penjaga gol utama Pepe Reina sebagai cubaan utk menghalang Manchester United daripada membawa penjaga utama gol utama kita ke Old Trafford.
Sebagaimana yg kita tahu, Van der Saar akan bersara pada penghujung musim ini dan Sir Alex Ferguson sekarang sedang mencari pengganti yg sesuai dan menganggap Reina adalah calon yang paling layak. Kita juga tahu Pepe Reina baru-baru ini telah menyatakan yg dia tidak menafikan mungkin akan berpindah ke kelab lain pada masa akan datang utk bermain dlm Champion League.
King Kenny sebaliknya berkata Pepe Reina tidak akan ke mana-mana. Kenny berkata "Liverpool terlepas beraksi Champion League hanya setahun, dan kita ingin dapatkan kembali tempat utk beraksi ke Champion League. Oleh itu khidmat Reina amat diperlukan bg memastikan kita berjaya kerana dia adalah seorang penjaga gol yg hebat".
Sementara itu, pemain berusia 30-tahun Dirk Kuyt juga ditawarkan kontrak baru bersama The Reds. Kuyt berkata, "Kita telah berbincang bersama pengurusan Liverpool berkaitan kontrak baru dan ianya positif. Lagipun saya telah anggap Liverpool sebagai rumah saya dan tidak ingin pergi dari sini. "
0 comments:
Post a Comment